Ahad, 6 Disember 2009

warkah untuk abah..

semakin hari semakin laju masa berputar meninggalkan kita. setiap kali jarum jam bergerak, aku jadi semakin tidak menentu. hatiku gusar, takut dan merintih untuk memenuhi kehendak keluarga dan keupayaan ku sendiri. tidak aku akui yang umur kita semakin hari semakin meningkat. diam tak diam sudah hampir ke tahun baru 2010. setiap yang muda pasti akan menjadi tua tapi setiap yang tua, adakah semakin tua atupun terus tiada. inilah persoalan yang selalu menggangu diriku. mereka ialah insan yang telah melahirkan aku kedalam dunia ini. mereka telah membesarkan aku sehingga kini. mereka telah berkorban tika dulu untuk diriku. mereke ibu dan ayahku yang selalu aku rindu dan kasihi... tergamakkah seseorang anak menghancurkan harapan mereka? tergamakkah seseorang anak membuat mereka terluka? tergamakkah seorang anak mensisihkan mereka? tergamakkah seseorang anak tidak dapat mencapai apa yang mereka mahu? tergamakkah anak jika mereka berkata " sebelum abah pergi, abah ingin melihat akan menantu rumah ini"... oh,begitu lah permintaan seorang ayah pada anaknya ini..
wahai ayahku yang tercinta, tiap kali adik mengenang kembali akan permintaan ini, menitis air mata adik kerana adik amat takut tidak dapat menyempurnakan permintaan mu ini.. adik takut akan menjadi anak derhaka. adik takut abah pergi dulu sebelum adik sempat membawa dia.. adik takut akan semua ini,abah.. adik takut...
dulu memang adik akui bahawa adik dah cuba merancang yang terbaik untuk masa depan adik. tetapi apakah daya adik,semuanya mengecewakan adik. semuanya putus ditengah jalan. mungkin semua ini ada hikmahnya tetapi bila adik fikir2 balik, ianya datang dari kesilapan adik sendiri...
adik ingin menjadi anak yang baik,anak yang soleh, dan harapan serta impian adik di dunia ni adalah ingin membahagiakan mak dan abah.. itu saja yang adik mahu. adik mahu membalas segala jasa mak abah.adik kalau boleh mahu mak abah tak perlu susah2 lagi.adik akan lakukan semuanya untuk mak abah. .
abah,dalam usia abah yang ke 72 tahun, mungkin hanya tinggal beberapa tahun lagi adik akan dapat bersama abah..adik sedih abah.. banyak kenangan kita bersama yang tak mungkin dapat adik lupa.tiap kali adik balik,abah mesti ajak adik pergi kota. tak kira adik balik naik kreta or motor.mungkin nilah caranya abah nak bermanja dengan adik. jika hendak ditulis dari A sampai Z, memang tak kan abis...
baiklah abah, adik akan usahakan agar permintaan abah itu tercapai. doakan lah agar adik dapat cari calon yang boleh memahami dan menerima adik seadanya... harapan adik agar keluarga kita akan lebih bahagia dan mendapat rahmat dari Ilahi.. abah jagalah diri baik2. jangan lupa makan ubat. jangan fikir yang bukan2. jangan buat kerja yang berat2, n doakan adik ye, abah.. assallamualaikum abah...

Rabu, 18 November 2009

sang matahari dan sahabatnya,sang rembulan dan bintang

assalammualaikum dan salam sejahtera kepada anda yang membaca blog aku ni. terima kasih kerana sudi membaca walaupun aku ni pendatang baru dalam dunia ni. dah lama aku mencari cara untuk meluahkan dan mengkongsikan segala perisiwa yang terjadi dalam perjalanan hidupku ini untuk pulang ke "kampung" kita nanti..
bila matahari pulang ke sarang,gelaplah bumi ini tetapi diciptakan rembulan dan bintang untuk menerangi di kala bumi memerlukan cahaya untuk makhluk yang menumpang padanya. satu ciptaan yang maha agung dan indah untuk kita. mereka saling bantu membantu dan bila sang matahari sudah letih membakar diri dan datang pula sang rembulan dan bintang mengambil shift malam untuk menerangi bumi kerana memberi laluan untuk matahari merehatkan diri..hehe merapu yang tak sudah..
ini bukan karangan bertajuk sang matahari dan sahabatnya,sang rembulan dan bintang tapi ape yang aku cuba ceritakan adalah berkenaan dengan satu perkara jika dilihat semasa kejadian siang dan malam adalah kedua2 mentari dan rembulan seolah2 faham dan saling bantu membantu serta tidak pernah punch card lewat. semua berjalan ikut time dan berkerjasama.

kerjasama,saling bantu membantu dan memahami...

dalam ranjau dan perjalanan kita dalam meneruskan hidup ini, banyak perkara yang kadang kala jika kita perhatikan memerlukan seperti kisah yang saya lakarkan untuk pembaca sekalian. untuk menyiapkan atau memudahkan melakukan sesuatu perkara, kerjasama amatlah penting. tak kiralah nak pergi dating ke, nak masak lodeh ke ataupun nak siapkan asigment, perlukan kerjasama. pastu kita kenelah saling bantu membantu dan yang paling penting memahami..
bukan semua orang seperti yang kita rasa atau fikirkan. lain orang lain ragam. tak kiralah melayu or cina or india. semua lain.
tetapi adakalanya seseorang itu sama atau sekepala dengan kitu, ha, inilah insan yang kita cari2 selama ini.betul tak. sebagai contoh, your best friend. betuil tak? tapi sebenarnya kita mengharapkan pasangan kita memiliki sifat memahami ni kerana setiap pasangan bercinta ataupun yang telah berumahtangga memerlukan kata sepakat untuk mengelakkan pertelakahan ataupun perselisihan faham.
susah nak jumpa orang yang macamni. kepada yang masih mencari, aku doakan agar teruskan mencari tapi kepada yang sudah memiliki tetapi kurang memahami, pesanku korang hendaklah ada yang mengalah. memang betul kata orang best gaduh2 ni tapi kalau selalu sangat gaduh, ape cer lak kan?maknanya hubungan korang tu belum jumpa kesepakatan lagi.
jadi lelaki tak semestinya kene menang selalu.sekali sekala bagi la orang pompuan menang lak. bukan nak bagi muka tapi just nak bagi mereka ni gembira kerana sokongan dan keperihatinan anda itu terhadapnya akan menambahkan lagi kasih sayangnya kepada anda,begitu juga kaum wanita..
jadilah seperti kisah diatas, kerjasama,saling bantu membantu dan memahami adalah perkara yang harus kita ada. dan pesan aku, bersyukurlah dengan ape yang ada pada pasangan kamu, dan bukalah hati kamu untuk cuba menyelami hatinya, asahkan minda kamu untuk mencari jalan membahagiakannya,tetapkan iman kamu untuk mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya dan luluhkan hati kamu dengan berdoa kepadaNya agar kamu adalah pasangan yang mendapat barokah daripadaNya. amin
semoga anda semua dikalangan hamba-hambaNya yang beriman..