Ahad, 31 Januari 2010

tika dan saat ini...

tahun 2009 telah 2 bulan meninggalkan kita. banyak peristiwa dan perkara telah berlalu tetapi masih segar di ingatanku. memori dan kenangan yang banyak mengubah hidupku. yang telah mendewasakanku dan memberi aku erti akan kehidupan yang akan ku tempuh dalam dunia ini. ada kalanya duka itu membuka minda kita untuk terus berfikir akan kenapa kita harus berduka..

merentasi semenanjung ke pulau mutiara...

tanggal 17/12/2009 (khamis)
jam 9.00 Pm,
aku bersama rakan serumah yg berasal dari Sungai Petani bertolak malalui Plaza tol Putra Height untuk keluar ke lebuhraya utara selatan dan menuju kearah utara. dengan membawa kreta proton wira yang berusia 14 tahun, aku menyusuri lebuhraya dengan kelajuan 100km/h.. dalam keadaan hujan renyai2 dan keadaan jalan yang basah serta kenderaa2 lain yang menyusuri lebuhraya untuk ke utara, aku memerhatikan keadaan sekeliling yang gelap dan d ikuti silauan2 lampu kenderaan dari arah bertentangan dengan keadaan berhati-hati. maklumlah,mata ini pun berusia 24 tahun, ianya mengalami masalah rabun jauh berserta silau. jadinya mmg agak sukar menempuhi keadaan malam yang disertakan dengan hujan dan lampu kenderaan yang pastinya membuat aku silau dan tidak nampak akan laluan garisan putih..

jam 11.00 pm, kami berhenti berehat di hentian sungai perak bagi merehatkan kenderaan dan juga menikmati sedikit makanan untuk di buat alas perut serta menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba kepada tuhannya...

jam 11.30pm, kami meneruskan kembali perjalanan... sambil membuka tingkap dan membakar sebatang rokok Winston Light, aku menarik dan menghembus perlahan2 bagi menghangatkan badan. dan ku ulangi beberapa kali sambil membetulkan siaran radio. tiba2 berkumandang lagu kegemaranku, seventeen, selalu mengalah.. aku menikmati setiap lirik lagu ini dan ianya seakan memerli akan aku. 'mengapa slalu aku yang mengalah, tak pernah engkau berfikir sedikit tentang hatiku, mengapa ku yang harus slalu mengalah,pantaskah hatiku masih bisa bersamamu..' bersamamu? tv3 bersamamu ke? mana ada.. dah lama aku sunyi dan hidup sendiri. mungkin lagu ini meningatkan aku akan zaman2 silam ku dahulu..
kreta wiraku bergerak terus dan terus menuju hentian berikutnya..

Plaza tol Juru 5 km...
lega aku melihat signboard ini. minyak kretaku sedah berada di level E. nasib baik selepas keluar dari Plaza tol, ada stesen minyak Shell. aku berhenti dan tuang sebanyak rm50.oo. aku teruskan lagi perjalanan menyusuri Seberang Perai untuk menuju ke Sungai Petani. kilauan neon lampu di Pulau Mutiara ini menarik minatku untuk kesana. tetapi kerana masa sudah lewat jam 01.30 am, aku simpan niat itu dulu dan kutunggu hari cerah baru aku ke sana. .

Plaza tol Sungai Petani Utara 5 km..
aku exit keluar dan menyusuri ke tikam batu,rumah kawan serumahku,wan. aku tiba jam 2.00 am dirumahnya dan terus cari tilam n bantal untuk aku ngorok. penat beb drive sorang2.. alhamdulillah, aku sampai jugak akhirnya dengan selamat.. masa untuk tido, good nite...

18/12/2009, jumaat..
jam 9.00 am.
matahari memancarkan sinaran menembusi tingkap dan singgah ke kulitku. panas... aku tersadar dan terdengar riuh rendah di rumah wan. rupa-rupnya hanya aku sorang yang lambat bangun manakala si wan tah hilang ke mana. tinggallah aku terpinga2 sebab semua adik-adiknya perempuan belaka. i say man.. wa malu beb. maklumla,wa mane ada adik pompuan. nak taknak, wa buat dek je jalan ke bilik air dan mandi membersihkan diri disamping menyegarkan badan..
siap je aku pakai baju,terus dipelawa sarapan. makan,jangan tak makan walaupun malu. orang tua-tua kata, kalau malu,lapor..btl x?

jam 12.15pm
wan dan ayahnya mengajak kerumah pak long die untuk malawat kerana baru pulang dari tanah suci mengerjakan haji.. tiba di rumah pak long wan, aku bersalaman dan terus dibawa ke dapur untuk makan. banyak lauk dan blh tahan jugaklah masakan orang utara ni. banyak2 yang aku perhatikan,kalau tak ada kari,mmg tak sah lah. orang utara ni kuat makan kari. pas makan nasi, aku merasa kurma dan manisan serta kacang yang dibawa dari sana. diam-tak diam, sudah hampir masuk waktu jumaat. aku menukar kain sarung dan diberikan ketayap untuk ke masjid dalam keadaan hujan renyai2..selesai solat, aku balik kerumah pakLong wan dan berborak2 sampai ke jam 4.00 pm. masa dah time. tu kata mak wan. ape lagi, kami pun cargas meninggalkan rumah pak long wan dan balik ke tikam batu semula kerana ada program lagi petang ni.

jam 5.00pm
bertolak menuju ke butterworth.kami pergi 2 kreta dimana mak ayah n 3 orang adik wan menaiki 1 kreta manakala aku, wan dan 2 orang lg adik die menaiki 1 kreta menuju kearah terminal feri untuk ke pulau pinang. ada 2 cara untuk ke pulau pinang ataupun penang. menaiki feri ataupun melaui jembatan. seronok tengok laut n pulau di depan mata. dengan bayaran rm7.70, kami menaiki feri ke penang. ape lagi, posing ambik gambar la atas feri tu.

destinasi pertama yang kami tuju adalah QueensBayMall. boleh tahan jugaklah shoping compleks ni. besar n hapening jugak. sempat lagi aku ambik gambar dalam tu sbb masa tu nak dekat kismes. so banyak sale la. aku memang tak boleh tengok sale2 ni. dalam keadaan separuh sedar, tiba2 aku terbeli blazzer. kan dah melayang ratusan ringgit membeli blazzer tersebut. napi,napi.. dah la zaman gawat. hang lagi perabis duit beli yang tak patut.erm...
jalan punya jalan, tak sadar matahari dah ditukarkan dengan rembulan.. malam yang indah di penang sebab banyak lampu-lampu di sepanjang jalan. kami mencari tempat makan dan berhenti di medan selera Seagate. medan selera yang best sebab berhadapan dengan pulau jerjak. tempat orang dulu2 yang kene hukuman buang negeri di campak. sambil makan, dengan desiran ombak bermain dikaki pantai dan usikan manja bayu laut mengusik2 rambut dan tudung wanita, kami menikmati makan malam dengan juadah ikan bakar, sayur campur dan banyak lagilah.. alhamdulillah, aku bersyukur dengan rezeki pada malam itu...

jam 11.00 pm
kejap je dah jam 1100pm. kat penang ni hapening die lain sikit. mcm di Kuala Lumpur, jalan tetap sibuk walaupun dh lewat malam. kami bergerak ke satu tempat iaitu,Tapak Pesta. pelik nama die tapi best tempat die ni sbb mmg penuh dengan bazar dan funfair. bagi kaum hawa, banyak yang mencari kain, baju n mcm2 la yang aku tengok. kopak la duit suami @ ayah...
bagi yang tak minat benda2 tu, jom ar buat jantung anda bagai tercabut dengan menaiki permainan2 yang boleh membuat anda punya anak tekak teepelanting keluar.. aku pun tak ketinggalan mencubanya..walaupun bayaran agak mahal, tapi rugi pulak kalau tak cuba. rm30.00 melayang begitu sahaja...

jam2.00 am...
setelah puas aku n wan menjerit-menjerit, aku pun ajak la balik memandangkan dah 2.00 pagi. yang herannya, si mak wan dan adik2nya tak siap2 lagi membeli barang..
aduh, orang perempuan ni bagus duduk rumah je. kalau dah dapat keluar, terus tak sedar diri. selagi duit ada ditangan,selagi itu die nak habiskan. ornag pompuan ni tak boleh bagi pegang duit. tah ape2 die beli nanti... betul tak kaum adam? anda sependapat dengan saya tak?
terus beredar dan menaiki jembatan untuk balik ke Sungai Petani. tiba di tol ape tah, aku berhenti n lepak lagi kat tepi pantai sambil melihat budak2 kreta dan si mat rempit membuat aksi superman jalanan. fuh yoo, mmg darah kering budak2 remaja ni. pawer say!! kat pantai pulak,lain pandangannya.. disamping melihat keindahan pulau pinang di watu malam, ada jugak kelibat2 manusia yang sedang bermadu asmara di tepi2 pantai.. bila diperhatikan dekat2, rupa-rupanya anak orang melayu jugak... anda rasa ape yang dieorang buat? ape perasaan anda? fikir2kanlah...

jam 4.00am..
sampai ke rumah n bantal dan tilam dah melambai2 ke arah aku... god nite...