Ahad, 6 Disember 2009

warkah untuk abah..

semakin hari semakin laju masa berputar meninggalkan kita. setiap kali jarum jam bergerak, aku jadi semakin tidak menentu. hatiku gusar, takut dan merintih untuk memenuhi kehendak keluarga dan keupayaan ku sendiri. tidak aku akui yang umur kita semakin hari semakin meningkat. diam tak diam sudah hampir ke tahun baru 2010. setiap yang muda pasti akan menjadi tua tapi setiap yang tua, adakah semakin tua atupun terus tiada. inilah persoalan yang selalu menggangu diriku. mereka ialah insan yang telah melahirkan aku kedalam dunia ini. mereka telah membesarkan aku sehingga kini. mereka telah berkorban tika dulu untuk diriku. mereke ibu dan ayahku yang selalu aku rindu dan kasihi... tergamakkah seseorang anak menghancurkan harapan mereka? tergamakkah seseorang anak membuat mereka terluka? tergamakkah seorang anak mensisihkan mereka? tergamakkah seseorang anak tidak dapat mencapai apa yang mereka mahu? tergamakkah anak jika mereka berkata " sebelum abah pergi, abah ingin melihat akan menantu rumah ini"... oh,begitu lah permintaan seorang ayah pada anaknya ini..
wahai ayahku yang tercinta, tiap kali adik mengenang kembali akan permintaan ini, menitis air mata adik kerana adik amat takut tidak dapat menyempurnakan permintaan mu ini.. adik takut akan menjadi anak derhaka. adik takut abah pergi dulu sebelum adik sempat membawa dia.. adik takut akan semua ini,abah.. adik takut...
dulu memang adik akui bahawa adik dah cuba merancang yang terbaik untuk masa depan adik. tetapi apakah daya adik,semuanya mengecewakan adik. semuanya putus ditengah jalan. mungkin semua ini ada hikmahnya tetapi bila adik fikir2 balik, ianya datang dari kesilapan adik sendiri...
adik ingin menjadi anak yang baik,anak yang soleh, dan harapan serta impian adik di dunia ni adalah ingin membahagiakan mak dan abah.. itu saja yang adik mahu. adik mahu membalas segala jasa mak abah.adik kalau boleh mahu mak abah tak perlu susah2 lagi.adik akan lakukan semuanya untuk mak abah. .
abah,dalam usia abah yang ke 72 tahun, mungkin hanya tinggal beberapa tahun lagi adik akan dapat bersama abah..adik sedih abah.. banyak kenangan kita bersama yang tak mungkin dapat adik lupa.tiap kali adik balik,abah mesti ajak adik pergi kota. tak kira adik balik naik kreta or motor.mungkin nilah caranya abah nak bermanja dengan adik. jika hendak ditulis dari A sampai Z, memang tak kan abis...
baiklah abah, adik akan usahakan agar permintaan abah itu tercapai. doakan lah agar adik dapat cari calon yang boleh memahami dan menerima adik seadanya... harapan adik agar keluarga kita akan lebih bahagia dan mendapat rahmat dari Ilahi.. abah jagalah diri baik2. jangan lupa makan ubat. jangan fikir yang bukan2. jangan buat kerja yang berat2, n doakan adik ye, abah.. assallamualaikum abah...