Rabu, 17 Mac 2010

adakah itu _ _ _ _ _?

ahlamdulillah,bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana pada hari ini kita masih lagi diberikan rahmayNya untuk meneruskan hidup ini...

malang tidak berbau..
kreta wiraku telah mengalami satu kemalangan yang mana sebuah BMW M5 telah melanggar dari belakang. berdentum dan bersepai bumper belakang serta bonet dan lain2 bahagian telah rosak teruk. aku,tersentak kedepan dan nasib baik aku memakai tali pinggang keselamatan. jika tidak, aku tak tau ape nasib aku pada hari ini. kreta wiraku telah dimasukkan ke dalam bengkel yang berdekatan dan aku telah 'patah kaki' selepas melangkah kuar dari bengkel itu..

alhamdulullah, aku telah diberikan sebuah motosikal oleh pak cik ku yang berada di Setapak..
walaupun motor ni motor classic, tapi aku sangat suka dan bersyukur sangat2 kerana ada yang sudi membantuku di kala aku dalam kesusahan. terima kasih ya Allah....

bermula pada 05/01/2010, aku ke pejabat dengan memakai helmet 'kura-kura' dan aku menaiki motosikal tua ini,Vespa PX. yang paling lucu, semasa aku membeli kuih di gerai tepi jalan, makcik yang jual kuih tu bertanya akan motor tersebut dan die memberitahu yang pada zaman die dahulu,motor ni adalah amat popular. die respek sebab anak muda macam aku masih memakai lagi motor pada zaman macam die mula2 bercinta sebab die bagitau aku yang pakcik(suami) die pun masih memakai motor Vespa lagi.. makcik-makcik... kira motor ni memang ada memories bagi yang sezaman dengan die..selepas membayar rm2.00, aku pun meneruskan perjalanan ke pejabat..
tut tutt tutttt.... motor Vespaku meninggalkan gerai makcik tersebut...

bersyukur sekali lagi pada Ilahi kerana dalam masa yang sama, aku telah membeli sebuah kereta lagi iaitu sebuah proton waja dan Alhamdulillah,semua proses untuk mendapatkan pinjaman dari bank telah lulus.. NBS 797, itulah no pendaftaran kereta baruku yang aku beli second hand yang telah berusia 5 tahun..

dalam masa itu juga, anak saudaraku telah pergi menghadap Ilahi kerana terlibat dalam kemalangan semasa pulang dari sekolah..
AlFatihah untuk arwah Shahrul Izlan bin Sam..
semoga rohnya di cucuri rahmat..

16/02/2010 selasa
aku menyusuri lebuhraya utara selatan untuk kembali berkerja di Shah Alam. almaklum,cuti hari raya cina. banyak kenderaan memenuhi jalanraya sepanjang perjalanan aku ke Shah Alam. aku bertolak bersama seorang rakan baikku, Saiful Azhar bin Amat Tairi, berdua dan memang kebiasaan die menumpang aku untuk pulang ke kampung.maklumlah,kami satu kampung yang sama. ianya bukan saja dapat menjimatkan kos tapi boleh menjadi teman berbual untuk mengelakkan mengantuk dan sebagai pemandu simpanan. seperti kebiasaan jugak, mak die akan menyediakan bekalan untuk kami makan jika lapar di lebuhraya.

R&R Pagoh,500 meter...
aku memberi isyarat ke kiri untuk memasuki R&R tersebut. aku mencari tempat untuk meletakkan kereta tetapi penuh dan agak sesak. jadi aku pun keluar semula dari R&R dan pergi ke hentian rehat yang seterusnya..

Hentian Tangkak,1km..
aku memberitahu epul untuk berhenti di hentian itu untuk menunaikan kewajipan sebagai hamba dan juga untuk menjamah bekal yang dimasak oleh mak epul..
nak atau tak lauk ape yang ada?
ayam hutan masak lemak, sayur campur, ayam goreng dan ulam jering...
berselera kami makan sampai licin di buatnya.. Alhamdulillah, dan aku bersyukur dengan rezeki yang Engkau berikan pada hari ini..

jam6.45 pm
dalam masa aku berkemas untuk bergerak, tiba-tiba ada sebuah kreta produa kenari berwarna merah meletakkan kretanya di hadapan keretaku. di dalamnya ada 4 orang 'gadis'.. almaklum, kalau orang lelaki tak tertarik kat pompuan, bukan orang lelaki la tu. ada masalah lain la 2.. aku tunggu sehingga mereka semua menyelesaikan 'hajat' masing2...lama jugak aku tunggu,dalm 15 minit gitu.orang pompuan,segala benda kalau buat mesti lembab dan leceh. sabar jelah..tapi,sape suruh aku gatal nak tunggu.jalan je lah.betul tak? napi napi..
ha,keluar pun dieorang. sempat jugak aku curi-curi pandang wajah mereka berempat tu. boleh tahan jugak minah sorang tu... hehe...

jam 7.00pm
kereta produa kenari itu bergerak untuk meneruskan perjalanan dan aku pun mengikut jejek yang sama. lampu isyarat ke kanan dinyalakan dan aku menyusuri semula di atas lebuhraya utara selatan menuju ke arah Kuala Lumpur..lampu hadapan kretaku nyalakan kerana hari semakin gelap.tiba-tiba, datang idea gila untuk 'bermain-main' dengan produa kenari itu."pul,ada bran x nak kacau-kacau awek tu", aku bertanya pada saiful. "ape lagi bro, jalankan kewajipan lu sebagai pemandu profesional",kata saiful kepadaku. "orait!". aku pun terus mengejar kreta produa kenari tersebut dan memotong lalu perlahan semula di mana ia berada di belakangku. produa kenari itu memberi isyarat ke kanan untuk memotong kereta ku lalu aku menekan lagi minyak dan kereta perodua tersebut hampa kerana gagal memotongku. hehe. Yes!
aku memperlahankan semula kenderaan dan memberi laluan kepada produa kenari itu untuk memotong semula. fuhhh, die memotong dengan laju.. aku kejar dan aku ulangi lagi sekali lagi macam tadi dimana aku potong semula dan perlahankan semula semasa berada dihadapan kreta kenari iu. aku tengok,pemandunya agak marah dan memberi isyarat untuk memotong tetapi aku tetap tidak memberi ruang untuknya memotong. hehe..

wah,degil jugak si pemandu tu. die mangambil lorong paling kiri lalu memotong kreta ku. yang lagi tiga orang telah berjoget2 n ada yang aku perhatikan gayanya seakan-akan "goyang gerudi inul".adoiyai.. aku berkata kepada saiful, 'gila siot minah ni. main dan die je motong macam tu".. tapi,jiwa muda. wa jadi tercabar dan adegan kejar mengejar pun berlaku sehingga keluar batang gula2 loli pop di baling ke arah kreta ku, dan di balas semula oleh saiful dengan jurus, "gaya air mematahkan sendi", oleh saiful menggunakan air mineral. yes!!! epul bukan main seronok lagi die sebab jurusnya tadi tepat mengenai sasaran.

tiba di senawang,lebuhraya menjadi sesak kerana kebiasaan kalau musim perayaan,memang selalu jem di sini sehingga ke Kuala Lumpur. aku menyuruh saiful memberikan isyarat "minum" kepada produa kenari tersebut n dieorang pada mulanya tidak melayan tapi lama2 ianya memberi isyarat setuju dimana kami berhenti rehat dihentian R&R Seremban untuk minum n melihat lebih dekat lagi minah-minah tu..
wah,dalam diam-diam tak sangka jugak aku si Epul ni kalau depan awek bukam main lagi "jual minyak" ek. ketawa je aku melihat karenah si epul. hehe, epul-epul...
kami minum di Shalala Cafe. sesi suai kenal pun bermula..
aku hanya banyak memerhati dan si epul memang pandai mengayat.. korek-korek crita,rupanya mereka semua ni nak pergi melawat manager dieorang, Kelvin yang dimasukkan dalam HUM,cheras.

jam1030pm.
selepas sesi perkenalan di R&R Seremban, dieorang mengajak ke Dengkil, rumah salah sorang daripada mereka. aku tengok epul setuju, aku pun ikut je la sebab dieorang mintak tolong tunjukkan jalan di Kuala Lumpur ni. maklumlah,salah sorang daripada dieorang ni tak pernah tengok KLCC depan mata. jadi,atas dasar kawan dan ingin membantu,aku on je ikut dieorang g Dengkil dahulu. selepas dieorang siap jumpa family dan menukar pakaian, kami pun bergerak ke Putrajaya dan aku bawa pusing-pusing di sekitar Putrajaya dan berhenti di Jambatan Putra untuk mengambil gambar dan lain-lain. aku perhatikan je salah sorang dari mereka sebab ada yang menarik minat aku kearahnya..nak tau jam brape skrg?

jam 1.24am
aku meninggalkan putrajaya dan menuju kearah Kuala Lumpur. kami bertolak 3 biji kereta dimana sebiji lagi dibawa oleh adik akak yang rumah di Dengkil. tapi die bawa kerata terlalu perlahan. aku semestinya dalam keadaan mengantuk n penat, sepatlah nak naik angin.
last-last, aku tinggalkan dan mintak dieorang tunggu kat KL je.
aku bersama produa kenari bergerak keluar dari Putrajaya dan tiba2 kenari tu tersalah jalan. aku lintang pukang mencari jalan untuk membuat pusingan U dan menyuruh mereka berhenti di tepi jalan. alhamdulillah, dieorang ada di tepi jalan dan untuk mengelakkan kami tidak berpecah, Epul menaiki kenari dan 2 orang daripada mereka menaiki keretaku.
kenderaan memasuki Bandaraya Kuala Lumpur pada jam 2.30am.. masih banyak lagi kenderaan pada tika itu walaupun jam dah menunjukkan awal pagi.. memang, duduk di Kuala Lumpur ni lain. dieorang semua memang tak reti tido. malam ke, siang ke, memang penuh dengan kenderaan dan ada jugak yang pergi ke tempat-tempat yang tertentu untuk mencari hiburan di bandaraya ni..
nak tau tak sape yang duduk sebelah aku pada masa tu? hehe.... best...

jam 3.45am.
rupa-rupanya, mereka semua ni belum makan lagi. napelah tak bagitau awal-awal.. aku membawa pergi ke Kampung Baru untuk mencari makan. di Kampung Baru memang banyak kedai makan n ada yang dibuka 24 jam, dah mcm kedai mamak. aku berhenti di salah sebuah restoran yang masih di buka. memang aku tak larat nak makan tapi dieorang ni memang baik hati nak belanja jugak. last-last, aku suruh bungkus je sebab time mcni,memang tak lalu nak makan. lain la kalau di beri bantal dan tilam, memang tu yang kita cari..selepas semua kenyang, dan dieorang pun tak larat lagi, aku mencadangkan supaya semua balik je dan aku mengikuti daripada belakang sehingga ke Putrajaya. kami berpecah di situ.. "jalan baik-baik. jangan laju-laju bawa kereta tu dan kalau sesat,cepat-cepat bagitau", pesanku kepada salah seorang daripada mereka melalui pesanan SMS.
pada masa ini, jam menunjukkan jam 4.30am..
aku terus menyusuri ke Putra Height, rumah sewaku. memang sangat-sangat mengatuk dan setiba di rumah, aku mandi dan tunaikan kewajipan..
jam 5.00 am,aku pun dapat berehat dan esok kije ni.. adoiyai.. badan memamg dah out of service ni.mmg tak bangun ni kalau tido. last-last aku menghantar pesanan ringkas SMS kepada kerani tempat aku kije yang menyatakan aku half day..

17/03/2010 rabu
jam 8.30 am
aku telah bangun dan ingat nak pergi kerja tetapi sikap malas telah membuat aku betul-betul malas dan aku tido semula.2 jam seterusnya, aku telah bangun dan dalam masa yang sama, aku mendapat panggilan telefon daripada kawan baru aku tu yang menyatakan mereka telah sesat jalan. aku dah agak dah... yok yok je masa kat Kampung Baru aku buatkan pelan tapi memang kalau orang tak biasa jalan KL ni, mesti sesat punya. aku mandi dan berfikir nak tolong tapi aku kije ni... kalau tak tolong, kesian pulak kat dieorang. dari jauh datang tapi last-last tak dapat jumpa dan balik dengan tangan kosong je. kesiankan... tapi aku ni kije. takut lak tiba-tiba bos aku naik hantu, haru biru jugak aku nanti.. Ah,pedulik semua tu. alang- alang nak tolong, kene buat sampai dieorang dapat jugak selesaikan hajat untuk melawat tu. aku tak sampai hati tengok orang sedih-sedih ni. bos,aku minta maaf hari ni ada urusan lain. aku call dieorang balik dan suruh tunggu di KLCC.

kul 1.30pm
aku tiba di KLCC dan jumpa dieorang. aku terus bawa ke HUM dan berjumpa dengan Kelvin. aku temankan dieorang sekali melawat. aku ingat Kelvin tu cina, rupanya melayu. die sakit ape tah dan aku doakan die cepat sembuh...
selepas melawat.aku pergi minum dengan dieorang di Bantar Tasik Permaisuri. dan ada salah seorang daripada mereka mempunyai masalah lak dengan "bakal tunang". adoiyai.. macam-macam hal dieorang ni.. lepas minum, dieorang pun cargas untuk pulang semula sebab salah seorang daripada mereka ni adalah usahawan muda yang menjalankan bisnes samosa dan kene siapkan tempahan. bagus dan aku bangga sebab muda-muda dah ada bisness sendiri. aku doakan bisnes die ni berjaya.. aku menunjukkan jalan sehingga ke Tol Sungai Besi.
tiba-tiba, aku rasa touching la pulak.... doaku, korang semua selamat pulang dan semoga kite akan berjumpa lagi.. bye2 kak lala, 'adik' , leha dan tokey samosa..

Alhamdulilah, dieorang dapat jugak melepaskan hajat untuk melawat tu. tapi satu perasaan selalu bertanya diriku yang seolah2 mengamit kenangan silam aku.. kau memang sebijik macam die... sebab salah seorang daripada mereka berempat memang saling tak tumpah macam 'die'...
bila aku tengok die, aku rasa macam kembali ke masa silam. seolah-olah aku telah lama mengenali dirinya sebab wajah, perwatakan n semuanya memang macam 'die'... aku bertanya pada diri aku. "epi, peluang dan pertemuan macam ni memang jarang berlaku. ianya semacam sudah diaturkan. dan hatiku selalu risau kat die. ape makna semua ni? kenapa aku beriya-iya nak tolong dieorang ni? semuanya kerana yang sorang ni.. sebab die aku kejar kereta. sebab die, aku bawa pusing2, sebab die,aku tak kisah segalanya, sebab die aku abaikan kije dan g tolong die, sebab die, aku rasa touching masa nak berpisah di lebuhraya"....
Mohamah Hanaffi, ayuh sedar dari mimpi dan kalaulah betul die itu untuk kau, insyaallah die akan datang sendiri kepada kau satu hari nanti. percayalah....

2 ulasan:

  1. mengisahkan tentang pertemuan yang tidak disangka.
    setiap benda yang kita buat,mestilah diusahakan dengan bersungguh-sungguh dan berdoalah agar ianya mendapat keredhaan dari-Nya..
    insyallah..

    BalasPadam
  2. takziah atas kehilangan anak sedara..

    jatuh cinta lagi...tahniah!

    BalasPadam